Tuesday, December 18, 2012

Kain Cotton Belleboo


**********************

*Jenama kain cotton Belleboo semakin dikenali oleh peminat cotton di Malaysia kerana kualitinya yang terbaik.

*Sebenarnya, Belleboo adalah jenama kain cotton yang terkenal di Thailand.

*Belleboo telah berada dalam pasaran selama 30 tahun dan telah menembusi pasaran Eropah.

*Selain manampilkan corak-corak dengan warna-warna yang menarik, kain cotton Belleboo dikenali kerana kualiti material yang digunakan. 

*Kain Cotton Belleboo adalah dibuat dengan ketelitian yang tinggi. Pergerakan mesin utk menenunnya agak dijaga rapi dengan perlahan agar kualitinya terjamin.

*Tenunan benang 40 melintang dan 40 menegak menghasilkan kain yang sederhana tebal dan selesa pada kulit.

*Bagi menjamin pengekalan warna, perwarna mahal digunakan untuk menghasilkan warna yang cantik dan tahan lama. 

*Kain cotton Belleboo mudah diseterika dan kurang kedutan menjadikannya pakaian yang sesuai digunakan ketika bekerja dan bagi menghadiri majlis.

*Kain cotton Belleboo juga mempunyai pelbagai corak yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Credit Article.

Sunday, December 16, 2012

Perihal kain Cotton Secara Ringkas

**Penggunaannya luas melata di 'dunia lama' dan 'dunia baru'.

**Asal perkataan Cotton adalah daripada istilah Arab Al-Qutn kemudian diadaptasi oleh bangsa Sepanyol sebagai AlGodon.

**Jikalau namanya pun dipinjam daripada Arab, bolehlah aku teorikan Cotton ini berasal dari timur tengah.
Penggunaan awal menurut sejarah adalal pada awal 500BC di Mexico dan dunia moden Pakistan.

**Pengeluar Cotton terbesar adalah China tetapi hanya untuk domestik manakala Amerika Syarikat merupakan pengeksport terbesar kain Cotton pada masa kini.

**Pada Zaman industri, Cotton ini pernah dipolitikkan oleh East India Company.
Sekian nota ringkas ini...akan bersambung lagi nanti.

Infographic Number One!